Sunday, 1 December 2013

AKTIVITI KECERIAN SEKOLAH

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2012 hingga 2013

1.  Gotong-royong mengecat pagar sekolah.
2.  Gotong-royong keceriaan Bilik Galeri.
3.  Gotong-royong Sudut Kebitaraan .
4.  Memperbaharui cat di luar Bilik guru
5.  Melukis Mural di hadapan Pintu Masuk.
6.  Melukis Mural Belakang Dewan.
7.  Melukis Mural di Hadapan Galeri
8.  Melukis mural di bangunan Makmal Komputer
9.  Memperbaharui Mural Kantin
10.  Mewujudkan sebuah bilik PBS
11.  Mencantikkan bilik Seni Visual.
12.  Menambah bilangan pokok di sekitar sekolah.
13.  Gotong-royong Bilik Bahan Bantu mengajar
14.  Melebel laluan kecemasan
15.  Keceriaan Taman Pra Sekolah
16.  Keceriaan dewan sekolah dengan langsir baru
17.  Keceriaan Bilik PBS
18.  Latihan Kawad Kecemasan


KATA-KATA MOTIVASI

“Anda beroleh kejayaan apabila anda menolong orang lain.”

“ Baik buah elok benihnya, baik laku elok akalnya.”

“ Apa yang diperlukan sekarang bukan pedang berkilat tapi otak yang tajam dan wawasan yang cemerlang.”

“ Bawalah badan ke mana saja, tapi hati biarlah bersama TUHAN.”

“ Salah satu sifat yang dimiliki oleh juara ialah mereka sentiasa bersikap positif.”

“ Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,  nescaya banyaklah 
kepayahan dan kesusahannya,  panjang jalannya dan banyak rintangannya.”
IMAM AL-GHAZALI

“Jadilah macam pokok kelapa, semuanya berguna.”

“Jadilah seperti rumput, walaupun tidak dipeduli, dipijak,  dicantas, ditebas,
tetap hidup dan terus hidup.”



LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI 3K TAHUN 2013

LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI 3K
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK TAHUN 2013

BULAN APRIL
Bil
Tarikh
Aktiviti
Sasaran
Tempat
1
April

11.4.2013
(Khamis)
Latihan Kawad Kebakaran Kali Pertama
Tahun 2013
Semua murid, guru dan staff SKGB
Padang Sekolah
2
April

18.4.2013
(Khamis)
Ceramah Kesihatan
( KANSER )
Oleh NGO MAKNA
Murid-murid tahun 4 dan 5
Dewan Sekolah

Saturday, 30 November 2013

KERTAS KERJA PROGRAM 3K TAHUN 2014



1.0    PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Gong Badak sadang mengorak langkah menuju kecemerlangan sebagaimana motto sekolah " SKGB SENTIASA CEMERLANG ".  Justeru itu, Jawatankuasa 3K merupakan badan di bawah unit HEM perlu memainkan peranannya. 3K bermaksud kebersihan,  keselamatan dan keceriaan. Jawatankuasa 3K akan  berusaha menunjukkan model 3K kepada seluruh warga SKGB untuk menjadikan guru-guru,  murid-murid dan semua kakitangannya mengutamakan kebersihan, keselamatan dan keceriaan. 

Dalam sebuah hadith Nabi yang terjemahannya "Kebersihan itu sebahagian daripada iman" dan sebuah lagi Hadith Nabi yang terjemahannya "Sesungguhnya Allah itu cantik dan ia menyukai keindahan" serta kata-kata hikmah "Otak yang bijak atau pintar terletak pada badan yang sihat".  Jawatankuasa 3K SKGB akan berusaha berganding bahu merealisasikan segala perancangan dengan penuh komitmen dan keikhlasan.  InsyaAllah 

2.0   MATLAMAT

2.1  Melahirkan sekolah cemerlang.
2.2  Mewujudkan sekolah dalam taman.
2.3  Melahirkan murid yang mengutamakan kebersihan.


3.0  OBJEKTIF

3.1Melatih pelajar berdisiplin dan mencintai kebersihan, keselamatan dan keindahan..
3.2Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
3.3Mengasuh warga yang berakhlak mulia dan bekerjasama.
3.4Menyediakan asas pendidikan yang syumul selaras dengan ajaran Islam.

4.0  Tugas dan Tanggungjawab
4.1  Merancang pelan tindakan pengurusan 3K
4.2 Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan program kebersihan,  kesihatan dan keselamatan.
4.3  Menyedia dan membuat laporan secara berkala.


5.0  PELAN TAKTIKAL TAHUN 2014

5.1  SEKOLAH DALAM TAMAN
5.2  PERTANDINGAN 3K
5.3  TANDAS ANGKAT
5.4  HIDUP SIHAT
5.5  GOTONG-ROYONG PERDANA
5.6  SELAMAT DATANG SELAMAT PULANG
5.7  SAFETY FIRST




6.0  PENUTUP

Asas Program 3K ini adalah juga menjadi satu landasan bagi mencapai hasrat untuk menjadikan SKGB sentiasa cemerlang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan organisasi yang teratur,  selain itu juga mampunyai daya kepimpinan yang mantap berdisiplin dan berdaya saing yang sihat di kalangan warga sekolah. Dengan demikian pentadbir sekolah dapat menyediakan program-program yang bersesuaian untuk meningkatkan prestasi murid-murid serta guru-guru sekolah dengan bantuan prasarana-prasarana yang lengkap yang boleh menggalakkan proses perkembangan kanak-kanak, yang mempunyai ciri-ciri berikut :

-           semua murid patuh dan berdisiplin
-           Program 3K boleh mengwujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
-          Bangunan sekolah dan persekitarannya adalah sebuah taman yang dapat menimbulkan suasana damai dan sesuai dengan alam pendidikan.